"Seorang
budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 6-7 tahun telah jatuh cinta terhadap
seorang wanita yang lebih tua daripada dia. Budak lelaki itu cuba memikat
wanita tersebut dengan pelbagai cara seperti membuat gaya samseng, meniru gaya pelakon
dan sebagainya untuk mendapatkan perhatian wanita tersebut. Dia juga
menghadiahkan wanita tersebut dengan
hadiah seperti patung beruang,bunga,belon, dan lollipop. Budak lelaki itu
sering ke taman yang dikunjungi oleh
wanita tersebut. Setiap hari budak lelaki itu akan menghadiahkan wanita itu
satu hadiah tetapi wanita itu tidak menerima isi hatinya. Budak lelaki itu berasa
kecewa kerana asyik ditolak oleh wanita itu. Pada suatu hari, budak lelaki itu mengeluarkan2
lolipop untuk makan. Wanita itu ternampak dan meminta daripadanya dan akhirnya budak lelaki itu menambat hati
wanita itu dengan mengunakkan lolipopnya."
Saya memilih untuk menjadi penulis skrip kerana saya ingin mencuba sama ada saya ada berkemampuan atau tidak. Dalam kelas ini, saya mendapati menjadi seorang Director adalah tidak mudah. Oleh itu, kakitangan yang membantu Director ketika penggambaran juga memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran bagi segala proses penggambaran.
No comments:
Post a Comment