Sunday, 2 March 2014

Director Journal Week 1 17 FEBRUARY 2014 (MONDAY)

          Hari ini merupakan hari pertama saya menghadiri kelas seni pengarahan filem. Pada hari ini, Dr. Azlan menyuruh kami membahagikan kumpulan. Saya memilih masuk kumpulan Advertising( periklanan) Lolipop. Saya bersyukur kerana periklanan ini telah ada cerita. Kami cuma perlu menulis skrip dan merancang bila patut kami merakam proses dan tempat yang akan kami pergi untuk penggambaran. Hisyam merupakan ketua kumpulan ( Director) kami. Kami cuma perlu membincangkan siapa yang bertugas bagi props, camera person, pembantu khas dan sebagainya. Cerita periklanan Lolipop adalah seperti berikut :
          "Seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 6-7 tahun telah jatuh cinta terhadap seorang wanita yang lebih tua daripada dia. Budak lelaki itu cuba memikat wanita tersebut dengan pelbagai cara seperti membuat gaya samseng, meniru gaya pelakon dan sebagainya untuk mendapatkan perhatian wanita tersebut. Dia juga menghadiahkan  wanita tersebut dengan hadiah seperti patung beruang,bunga,belon, dan lollipop. Budak lelaki itu sering  ke taman yang dikunjungi oleh wanita tersebut. Setiap hari budak lelaki itu akan menghadiahkan wanita itu satu hadiah tetapi wanita itu tidak menerima isi hatinya. Budak lelaki itu berasa kecewa kerana asyik ditolak oleh wanita itu. Pada suatu hari, budak lelaki itu mengeluarkan2 lolipop untuk makan. Wanita itu ternampak dan meminta daripadanya dan  akhirnya budak lelaki itu menambat hati wanita itu dengan mengunakkan lolipopnya."
              Saya memilih untuk menjadi penulis skrip kerana saya ingin mencuba sama ada saya ada berkemampuan atau tidak. Dalam kelas ini, saya mendapati menjadi seorang Director adalah tidak mudah. Oleh itu, kakitangan yang membantu Director ketika penggambaran juga memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran bagi segala proses penggambaran.